Things that 2016 have taught me.

In the name of Allah, the most gracious, the most merciful.

Alhamdulillah, thanks to Allah for this chance given by Him, so that we can meet again today. Even though not directly meet, just through this new entry. Just some short sharing about what I have learnt from 2016 that I think, it might be useful for you guys. Hope you guys enjoy!


Last year was one of the most terrible year that I have been through. First 5 months, I still in lost, searching for my identities and so on. So many things happened that make me down, sad and sometimes excited, happy. Oops! Can I speak Malay? Hehe.

Sambung balik, macam-macam yang terjadi tahun lepas. Aku dikeluarkan daripada kerja dakwah, ditarik jawatan kerja, terpaksa stop dropship pakaian, my result yang disaster, dan semuanya, seriously, serba tak kena. Akhirnya, bila mula bercuti di rumah, slowly, I started to learn more, study more about what have happened to me, find myself back, cari balik motivasi diri dengan baca buku, macam-macam buku. Walaupun the pain still there, still alive inside myself, syukur juga, sebab aku sudah mula pulih sedikit, semangat aku kembali, rasa nak bekerja and started over again semuanya.

Memang susah untuk bangun balik lepas jatuh, tapi jika tidak mencuba dan terus diam, kita tidak akan ke mana-mana juga. Nak balik ke masa lalu pun tak dapat, tiada apa yang dapat diubah bila mana ia sudah berlalu. Apa yang boleh kita buat, lakukan sekarang adalah fikirkan tentang masa depan kita dan cari solusi supaya apa yang pernah terjadi tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Berikut saya kongsikan beberapa quotes, kata-kata semangat yang saya buat sendiri, dan ada antaranya juga yang saya petik daripada kata-kata orang lain. Kata-kata ini ibarat kompilasi yang saya buat sepanjang 2016 untuk meningkatkan semula semangat saya, jadi saya berharap, ia juga dapat membantu anda.

things-that-2016-have-taught-me

Kalau kita tidak paksa diri kita, kita tidak akan ke mana.

Nak berubah, berhijrah untuk jadi lebih baik, memang kita kena paksa diri kita. Tak perlu tunggu orang lain marah-marah kita segala, baru nak berubah. People can say anything, marah kita, tegur kita dan sebagainya, tapi jika kita sendiri tiada usaha untuk berubah segala, it’s so useless.

Orang tidak akan mampu motivasi kita atau ubah kita kalau kita sendiri tidak mahu berubah.

Lebih kurang macam yang atas tu juga.

“Allah tidak akan biarkan aku”

Indeed, di mana pun Allah Swt letakkan kita, Dia tidak akan biarkan kita. So, jangan ingat bila kita jauh daripada jemaah, bila kita diletak di posisi, tempat yang kita tidak suka, maknanya Allah nak buang kita, Allah tak pedulikan kita lagi. No! Sebenarnya, itu semua ujian, dan ujian itu tanda sayang dan cinta Allah kepada hambaNya, sekaligus tanda Dia masih pedulikan kita. Bila Allah uji, sebenarnya Dia hendak mengingatkan kita semula bahawa kita ada Allah, Allah mahu dengar doa kita.

Sampai bila aku mahu biarkan segala ketakutan ini stay inside me, sedangkan aku sendiri tahu, ia pasti akan memakan diri aku?

Question yang seringkali bermain dalam fikiran aku. Sampai bila lagi aku mahu terus bersembunyi dan terus takut sedangkan tiada pun gunanya. Apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah bangkit daripada kesilapan lalu, lupakan, ambil pengajaran dan cipta langkah demi langkah yang baru untuk membina masa depan yang jauh lebih baik daripada sekarang.

Kalau aku berjaya nanti, in the end, kita juga untung, bukan orang semata-mata!

Betul, mak bapa kita pun selalu pesan ni kan? So, beringatlah selalu, buat apa-apa pun, kesannya nanti pada diri kita juga.

Bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, jangan dikeluhkan apa yang tiada tapi usahalah sebaik mungkin untuk capai apa yang tiada.

Betulkan? Analoginya, kalau makanan ada depan mata, takkan kita nak mengeluh sepanjang waktu dengan makanan yang tidak ada kaki untuk datang kepada kita? Usahalah dengan bangun, ambil pinggan, senduk masuk pinggan, duduk, makan dan nikmati.

Last but no least,

Ramai orang mampu memberi ketika senang, tapi tidak ramai yang mampu memberi ketika susah. Memberi tidak akan buat kita miskin, malah, dengan memberilah kita akan jadi senang.

Masa kita banyak duit, mungkin kita boleh ringan ja bagi sedekah sana sini. Membazir pun ya juga. Tapi bila susah, 10 sen pun rasa mahal. Ingat, sedekah tu bukan dalam bentuk duit saja, senyum juga sedekah, ajar orang lain pun sedekah, bagi orang makan pun sedekah. Cuba tengok orang yang tengah dalam kesusahan, mesti muka monyok, masam ja kan? Sepatutnya senyumlah banyak-banyak, supaya hati dan diri kita pun terikut positif juga, ok?


Bhaa. Begitulah kata-kata semangat yang banyak bantu aku, mengingatkan aku semula, untuk terus bangkit, terus positif dengan segala ujian, terus kuat dan berhenti mengeluh, berhenti berputus asa, berhenti untuk menegatifkan diri sendiri.

Kawan-kawan diluar sana, jangan cepat sangat menegatifkan diri juga ok? Menegatifkan diri ni maksudnya, always cakap dekat diri sendiri, tak mampu, tak boleh, tak bisa, tak pandai dan sebagainya. Sedangkan itu semua cuma alasan bodoh (oops!) yang tidak akan membantu kita malah menjatuhkan kita saja. Move on bha kawan, kau boleh tu!

Sekian.

*Anda pun ada kata-kata semangat sendiri? Why not share it with me. ^^

 

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s