Untuk mereka yang hendak berbisnes.

Assalamualaikum, salam sejahtera.

Sekadar sharing, semoga bermanfaat untuk yang membaca.

Sebelum ni, aku orang yang paling tak minat dengan bisnes, jual-beli sebagainya. Bukan benci, cuma jenis yang malas berinteraksi dengan orang lain, malas nak paksa orang beli produk kita, malu nak promote dengan orang balik-balik.

Tapi, sejak 2014, aku mula terlibat dengan aktif dengan dunia bisnes. Awalnya, kerana ikut-ikut kawan. Lepas tu keluar pula pengarahan murabbiyah, kena berbisnes. Mula-mula berat betul hati. Lepas tu bila kawan ajak, terus terang cakap,
“Tak nak, malas.”

But akhirnya, join juga.

Hujung 2015, mula discover minat, mula yakin dengan bisnes. Maka bermulalah TheDress2015 tapi tidak kuat sebab masa ni baru belajar. Sekarang buat bisnes design, ada jawatan permanent & masih buat kerja freelance.

Apa yang aku mahu share sebenarnya, apa-apa pun kita join, tanggungjawab kita, amanah kita, bisnes kita semua, tidak ada istilah mudah, senang.

Ujian tu mesti ada.
Dalam surah 29, ayat 2 pun Allah sebut,lebih kurang macam ni ayatnya,

‘Adakah kamu kira dengan kamu mengatakan kamu beriman, maka kamu tidak akan diuji?’

Bila ambil pengajaran, hayati ayat ni, sebesar-besar perkara berkaitan dengan iman kita saja pasti ada ujian, apatah lagi kehidupan kita di dunia ni.

Untuk apa diuji? Pun Allah ada sebut dalam al-Quran, tapi aku lupa surah mana. Macam dalam al-Mulk. Nanti kita cek balik, siapa ingat boleh komen, untuk rujukan sama-sama.

Jadi, kesimpulannya, tidak ada perkara yang mudah, senang-senang saja boleh dapat. Everything kena usaha sungguh-sungguh. Bila diuji, bersabar, bila dapat nikmat, bersyukur.

Walaupun sekarang design yang aku buat tidaklah setanding dengan grafik designer di luar sana, tapi aku gembira kerana pekerjaan inilah yang banyak menduga aku, sekaligus mendidik aku.

i-am-graphic-designer

Korang mau tau, kadang orang minta design, tapi design tu tidak diguna pun. Dalam hati terdetik, ‘penat-penat aku buat,’ tapi akal menegur, ‘buatlah ikhlas kerana Tuhanmu, tanpa perlu mengharap penghargaan manusia.’

Eh, no offense. Just sharing.

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s