Kenapa hati perlu dijaga?

بسم الله الر حمن الر حيم. السلام عليكم

Alhamdulillah, dengan rahmat kasih sayangNya, kita masih diberi peluang untuk bernafas lagi hari ini.

Hari ni, admin ada nak kongsi sikit. Sikit ja, tunggu entri blog nanti baru full. Ok, kalau semua perasan, admin sendiri jarang menyentuh pasal cinta dalam channel ni kan?

Kalau boleh tak nak sentuh langsung, tapi baru-baru ni, ada pula kawan admin tanya admin, pasal cinta, bukan dengan Tuhan, dengan manusia. She also told me that, she loves the boy.

Macam nak pitam terus admin. Banyak-banyak benda, why itu juga yang mengganggu hatinya…

Ok, tak nak cerita panjang pasal kisahnya. Teruskan dengan objektif admin kali ini.

Saudara yang admin kasihi, pernah jatuh cinta? Bukan dengan parents, itu sudah semestinya, tapi dengan lelaki atau perempuan asing yang mungkin sebelum ni dia tidak bawa makna apa-apa pun dalam hidup kita. Entah pandangan yang mana, senyum yang mana, kata-kata yang mana, membuatkan kita jatuh cinta pula dengan dia.

Walaupun hakikat cinta tu fitrah, tapi sayang kerana masih ramai yang tidak betul-betul cuba memahami fitrah yang satu ini.

Kalau tengok sekeliling kita, orang couple, sayang abang, cinta mummy sebagainya. Tak kawin lagi, tapi lagaknya sudah kawin lebih 5 tahun. Siap bagi nafkah lagi, duit segala. Kadang admin pun cuba buat-buat pandang tempat lain. Ditegur, tapi tiada balasan.

Admin percaya mereka sendiri sedar, apa yang dorang buat tu salah, tapi masih teruskan kerana sudah menjadi tabiat, kebiasaan, untuk terus berbuat maksiat.

Semalam murabbiyah admin ada cakap,
‘Bila mana kemungkaran ni sudah jadi satu kebiasaan, rutin, maka dia tidak akan rasa apa-apa lagi bila buat kemungkaran tu. Walaupun awal-awal tu, rasa jijik segala, tapi bila tidak dijaga nafsu, iman pun terkapai-kapai, jadilah kemungkaran itu satu tabiat yang melekat dekat diri seterusnya di hati.’
(Lebih kurang macam ni)

Ha, jadi perhatikan semula hati dan diri kita, solat kita, adakah amal ibadah ini sudah benar-benar mencegah kita daripada melakukan maksiat? Adakah amal ibadah ini sudah benar-benar meresapi jiwa, sehinggakan kemana-mana pun kita, nampak kemungkaran sikit, kita rasa benci dan mahu berdakwah, sedarkan orang? Adakah amal ibadah ini benar-benar menampar kita, menegur kita, ketika kita tergerak untuk melakukan maksiat?

Jika tidak, maka perbaikilah sekarang, saat ini. Kerana jika kita masih tidak merasa semua yang atas tu, maknanya solat kita, tilawah kita, hati dan jiwa kita masih belum betul-betul mengerti maksud ibadah, masih belum mengerti pentingnya ibadah, dan paling teruknya, kita sebenarnya bermain-main, bertarik tali dengan Tuhan kita.

Berbalik kepada kawan admin, memang tidak salah untuk meluahkan rasa, tapi hati-hatilah ketika perasaan itu mula hadir. Bila kita mula rasa teruja untuk bercerita, kita akan mula teruja untuk mencuba. Cuba apa? Cuba untuk dekati orang tu, cuba untuk bertabarruj supaya nampak cantik, dan macam-macam lagi maksiat lain akan mula masuk ke dalam diri kita.

Syaitan itu licik. Kerana itu kita harus waspada dengan iman. Satu kemungkaran kita biar hidup, membesar dalam hati kita, maka sebenarnya kita sudah membuka ruang, dan menjadi magnet penarik untuk kemungkarang yang lain.

Semoga kita semua selalu muhasabah akan hubungan kita dengan Allah. Perhatikan setiap inci tubuh kita, pancaindera kita, jangan biar satu pun menjadi pintu, masuknya kemungkaran-kemungkaran, maksiat dan sebagainya.

Semoga setiap detik hidup kita, kita gunakan untuk mencari redha Illahi. Hati kita cuma ada satu, pilihlah, yang mana hendak kita masukkan dan penuhkan dalam hati kita.

Wallahualam.

telegram.me/terushidup

Advertisements

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s