About Us

TerusHidup adalah satu inisiatif oleh admin setelah melanjutkan pelajaran di Sandakan. Walaupun bukan sebuah syarikat konsultan, TerusHidup berperanan untuk terus memberi motivasi dan semangat kepada orang ramai, khususnya remaja dan belia.

Objektif TerusHidup

Pertama sekali, tujuan utama TerusHidup ini dicipta dan ditubuhkan adalah untuk menyampaikan motivasi dari segi pelajaran, agama, pembangunan diri dan juga sekeliling. Admin sendiri menjadikan TerusHidup ini sebagai satu wasilah untuk membangkitkan semangat dan motivasi dalam diri untuk menghadapi masalah dan ujian hidup dalam kehidupan seharian.

Medium TerusHidup

Selain WordPress sebagai saluran utama menyampaikan kata-kata motivasi dan semangat, TerusHidup juga sangat aktif menyampaikan peringatan di Channel Telegram dan Facebook.

Harapan TerusHidup

Walaupun masih baru bertapak dalam bidang penulisan dan motivasi, TerusHidup mengharapkan agar sedikit sebanyak, usaha ini dapat membantu orang diluar sana untuk terus bersemangat untuk menghadapi hari-hari mereka, terus bersemangat untuk belajar dan bekerja, sekaligus terus bersemangat untuk mencapai impian demi impian masing-masing.

Semoga usaha ini diberkati Allah SWT, dan menjadi saham di akhirat kelak. InshaAllah.

Sekian. Wallahualam.

*Page ini akan terus diupdate dari semasa ke semasa.