The Author

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

photo265220609010674808

Siapa Saya?

Saya, Azrina Binti Rusni. Berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah.

Apa Saya Buat?

Ketika ini sedang melanjutkan pelajaran mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dengan Kepujian (Hortikultur & Landskap) di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Berminat separuh mati dengan software & computer engineering, tapi, Alhamdulillah, Allah tempatkan di Fakulti Pertanian Lestari, UMS.

Belum habis degree lagi tapi mempunyai angan-angan yang sangat besar iaitu ingin membuka syarikat design & printing sendiri dan membuka butik sendiri juga di seluruh Malaysia, dan inshaAllah sampai ke luar negara.

Kini sedang kerja part time sebagai seorang designer dan juga sedang mengusahakan perniagaan dropship dengan sahabat saya, Nur Amalina Adam.

Masa lapang saya banyak dihabiskan dengan melayari internet, mengemaskini laman sosial (konon), menonton video di Youtube dan blogging.

Design, Blog & Bisnes

Tamak. Tapi memang hakikat sejak sekolah menengah lagi. Saya minat seni dan berlarutan sampai sekarang, menjadi seorang designer. Saya terima agak banyak tempahan daripada sekitar Kota Kinabalu juga daripada Semenanjung Malaysia. Nama blog, TerusHidup. turut menjadi nama bisnes design saya iaitu, TerusDesign.

Blog pula bermula sejak saya mula kenal dengan komputer di sekolah menengah. Kemudian, ketika berada di tingkatan 3, saya antara orang bertuah yang mendapat laptop 1Malaysia. Sampai saat ini, laptop tersebut masih lagi teman setia saya. Banyak buat blog, tapi banyak kali juga delete. Akhirnya, TerusHidup. kekal di hati.

Bisnes pula. Saya mula belajar bisnes sejak sekolah rendah, jual gula-gula, makanan ringan di sekolah saya. Alhamdulilah, laku. Masuk sekolah menengah, saya jual buku dan macam-macam lagi. At-last, Nur Amalina Adam ajak jual baju. Bermulalah empayar TheDress2015, sebuah syarikat pakaian, inshaAllah, sedang mengorak langkah merealisasikan impian butik.

Fakta Ringkas Tentang Saya

  • Anak sulung daripada 5 orang adik beradik.
  • Gila design, bisnes dan blogging.
  • Suka camping, jalan-jalan, travel.
  • Suka ambil gambar, tapi tidak suka digambar.
  • Suka orang panggil Azri, benci orang panggil Rina.
  • Nampak diam, tapi sebenarnya banyak cakap. (Orang bagitahu)
  • Suka sharing pengalaman sendiri.
  • I love cats and birds.
  • Saya suka minum susu Desa!

Hubungi Saya

Jika ada sebarang pertanyaan, nasihat, teguran dan apa-apa saja, boleh hubungi saya melalui:

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s